Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Pada Sesi Awal
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada hari ini.
Pada 9.44 pagi ini, kontrak bulan semasa Ogos 2025 menokok 3.5 mata kepada 1,591.5, September 2025 naik dua mata kepada 1,565.0, Disember 2025 meraih 2.5 mata kepada 1,560.5 manakala Mac 2026 sebaliknya tidak berubah pada 1,541.5.
Jumlah dagangan sebanyak 4,066 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 70,811 kontrak.
Sementara itu, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 3.34 mata kepada 1,591.25 selepas 48 minit dagangan dijalankan, berbanding paras penutup 1,587.91 semalam.
-- BERNAMA