BERITA TERKINI   Liga Super: Imigresen FC 0-3 JDT | RUU Pekerja Gig 2025 lulus, bukti komitmen Kerajaan MADANI pastikan pekerja Gig terima perlindungan sosial - TPM Ahmad Zahid | Nilai ambang persetujuan dalam RUU Pembaharuan Semula Bandar akan dipinda selepas ambil kira pandangan pelbagai pihak - Nga | Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 | PM Anwar suarakan kebimbangan terhadap kemerosotan kepercayaan dan persefahaman dalam kalangan pemimpin politik mengenai makna sebenar keadilan dan kemanusiaan | 

ASM 2 Wawasan Isytihar Agihan Pendapatan Berjumlah RM1.18 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.18 bilion untuk Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan).

PNB berkata, pembayaran pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2025 bersamaan dengan 4.75 sen seunit.

"Pengagihan pendapatan ini memanfaatkan 983,505 pemegang unit dengan pegangan 25.5 bilion unit.

"Agihan ini merupakan jumlah pulangan sebanyak 4.75 peratus, mengatasi penanda arasnya iaitu pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada paras 2.46 peratus sebanyak 229 mata asas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut PNB, sehingga 25 Ogos, 2025, ASM 2 Wawasan mencatatkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM1.24 bilion.

Di sebalik persekitaran pasaran ekuiti domestik yang mencabar terutamanya pada

separuh pertama 2025, PNB berkata, FBM KLCI mencatatkan jumlah pulangan setahun sebanyak -3.5 peratus sehingga 26 Ogos, 2025.

ASM 2 Wawasan menunjukkan ketahanan dengan mengekalkan pengagihan kompetitif sebanyak 4.75 sen seunit, sama seperti tahun sebelumnya.

"Sebahagian besar pendapatan dana ini diperoleh daripada keuntungan direalisasi dan pendapatan dividen melalui portfolio yang pelbagai meliputi ekuiti domestik dan global,” kata PNB.

Bagi meningkatkan lagi ketahanan dan kepelbagaian portfolio, jelasnya, dana ini turut memperuntukkan sebahagian asetnya kepada pendapatan tetap, hartanah dan pelaburan ekuiti persendirian.

PNB berkata, pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 2 Wawasan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Sept, 2025.

Katanya, urus niaga bagi ASM 2 Wawasan di cawangan dan ejen ASNB termasuk semua

saluran dalam talian dan perbankan internet akan digantung sementara dari 30 hingga 31 Ogos, 2025 bagi tujuan pengiraan agihan pendapatan.

-- BERNAMA