Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Selasa.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,548.5, Oktober 2025 berada pada 1,546.0, manakala Disember 2025 turun 4.0 mata kepada 1,541.0 dan Mac 2026 susut 1.5 mata kepada 1,523.0.
Jumlah dagangan menyusut kepada 6,013 lot daripada 15,864 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 40,974 kontrak daripada 62,312 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 1.58 mata kepada 1,576.70 daripada 1,575.12 pada Jumaat minggu lepas.
-- BERNAMA