Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Meningkat Pada Sesi Awal
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya lebih tinggi pada hari ini.
Pada 9.27 pagi, kontrak September 2025 menokok 4.5 mata kepada 1,553.0, Oktober 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,546.50, Disember 2025 menambah 2.0 mata kepada 1,543.0 manakala Mac 2026 susut 0.5 mata kepada 1,522.50.
Jumlah dagangan sebanyak 1,646 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,181 kontrak.
Indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 3.61 mata kepada 1,580.31 selepas 50 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan semalam pada paras 1,576.70.
-- BERNAMA