BERITA TERKINI   Dua jemaah haji Malaysia yang dirawat di hospital di Madinah dan Mekah berada dalam keadaan stabil - TH | Sultan Selangor perkenan temasya SUKMA 2026 diteruskan secara berhemah - KBS | Krisis bekalan global: Malaysia perlu beralih kepada ekonomi produktiviti tinggi, perkukuh rantaian bekalan negara - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan komited pastikan Malaysia kekal sebagai negara dengan ekosistem perniagaan yang efisien, telus dan responsif - TPM Ahmad Zahid | Ekonomi negara masih kukuh walaupun berdepan ketidaktentuan global, gangguan rantaian bekalan - TPM Ahmad Zahid | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh kejatuhan harga minyak mentah dan ketidaktentuan yang meningkat mengenai tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli yang terhad,” katanya kepada Bernama.

Niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Rabu, disokong oleh permintaan hiliran yang meningkat berikutan syarikat menambah inventori dan kebimbangan mengenai hujan lebat di negara pengeluar utama Thailand.

Sementara itu, harga minyak merosot di Asia tetapi berada pada paras tertinggi dalam tempoh hampir sebulan berikutan sekatan baharu AS ke atas rangkaian syarikat perkapalan.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 naik 2.5 sen kepada 755.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot setengah sen kepada 575.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA