Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 dan Mac 2026 naik 6.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,554.5 dan 1,529.0, Oktober 2025 meningkat 5.5 mata kepada 1,551.5, dan Disember 2025 menokok 5.0 mata kepada 1,546.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 4,921 lot daripada 6,013 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 40,249 kontrak daripada 40,974 kontrak. 

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 1.82 mata kepada 1,578.52 daripada paras penutup 1,576.70 pada Selasa.

-- BERNAMA