Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa September 2025 dan Oktober 2025, masing-masing menambah 2.0 mata kepada 1,556.5 dan 1,553.5.
Disember 2025 meningkat 2.5 mata kepada 1,548.5 dan Mac 2026 naik 1.0 mata kepada 1,530.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 3,440 lot daripada 4,921 lot semalam manakala kepentingan terbuka merosot kepada 38,740 kontrak daripada 40,249 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI berkurangan 0.37 mata kepada 1,578.15 daripada 1,578.52 semasa ditutup semalam.
-- BERNAMA