Unit PBA Holdings Terbit Sukuk Wakalah Sulung Bernilai RM300 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Unit PBA Holdings Bhd, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) menerbitkan sukuk wakalah mampan sulungnya berjumlah RM300 juta dalam nilai nominal di bawah program sukuk wakalah syarikat.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PBAPP berkata terbitan itu merangkumi dua tranche, Tranche 1 dan 2, masing-masing bernilai RM150 juta.

Ia berkata Tranche 1 mempunyai kadar agihan berkala sebanyak 3.7 peratus setahun yang dibayar setiap setengah tahun, dengan tempoh matang 10 tahun sehingga 4 Sept, 2035, manakala Tranche 2 mempunyai hadar agihan sebanyak 3.75 peratus setahun, dengan tempoh matang 15 tahun sehingga 4 Sept, 2040.

"Hasil daripada terbitan wakalah mampan ini akan digunakan untuk membiayai projek di bawah Pelan Kontinjensi Air 20230 dan perbelanjaan modal serta operasi lain.

"Projek ini dikategorikan sebagai projek hijau yang layak di bawah pengurusan air dan kumbahan mampan serta projek sosial yang layak di bawah infrastruktur asas mampu milik seperti yang digariskan dalam kerangka kerja mampan PBAPP," katanya.

Program sukuk wakalah ini telah diberikan penarafan kredit AAA oleh RAM Rating Services Bhd.

-- BERNAMA