BERITA TERKINI   Kementerian Pendidikan perlu lebih berusaha untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris - PM Anwar | Presiden Trump dan PM Li Qiang akan melawat Malaysia bulan depan semasa mesyuarat ASEAN, Presiden Putin sedang mempertimbangkan - PM Anwar | Perdana Menteri baharu Thailand, Anutin komited untuk memastikan keamanan dengan Kemboja - PM Anwar | PM Anwar menyifatkan ASEAN sebagai unik dan salah satu rantau paling aman di dunia | Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam protes di Nepal | 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, meneruskan momentum peningkatan disebabkan pembelian institusi tempatan dan aktiviti pengumpulan saham, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.31 mata kepada 1,586.90 daripada 1,585.69 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.39 mata kepada 1,586.98.

Suasana pasaran positif dengan 146 kaunter untung mengatasi 88 kaunter rugi manakala 65.82 juta saham bernilai RM40.74 didagangkan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sokongan pembelian daripada institusi tempatan masih jelas menunjukkan bahawa bursa tempatan mendapat sokongan.

“Kami percaya aktiviti pengumpulan saham akan berterusan apabila memasuki suku akhir 2025 dengan persekitaran korporat masih stabil. Setakat hari ini, indeks dijangka berada dalam dalam julat 1,585-1,600,” katanya.

“Sementara itu, harga emas melonjak ke paras tertinggi, jelas menggambarkan bahawa dana mungkin mengalir keluar daripada aset dalam denominasi dolar AS,” katanya.

Dalam saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM10.04, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.29, manakala Tenaga Nasional, IHH Healthcare dan Press Metal tidak berumbah masing-masing pada RM13.32, RM6.92 dan RM5.55, bagaimanapun CIMB turun tiga sen kepada RM7.24.

Bagi kaunter aktif, Pharmaniaga menambah 0.5 sen kepada 20 sen, MRCB menokok dua sen kepada 49 sen, Scientex-WA menambah setengah sen kepada 8.5 sen, manakala Dagang Nexchange tidak berubah pada 24 sen.

Antara kaunter untung, Nestle naik 60 sen kepada RM94.60, Hong Leong Bank meningkat 18 sen kepada RM20.26, Paragon Union menambah 12 sen kepada RM2.88 manakala Teck Guan dan Country View naik lapan sen masing-masing kepada RM2.00 dan RM2.23.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 14.76 mata kepada 11,776.78, Indeks FBMT 100 naik 10.67 mata kepada 11,537.91, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 7.70 mata kepada 11,743.25, Indeks FBM 70 melonjak 20.30 mata kepada 16,467.75, manakala Indeks FBM ACE naik 4.77 mata kepada 4,764.19.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.23 mata kepada 164.98, Indeks Perladangan meningkat 18.67 mata kepada 7,655.03, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 41.47 mata kepada 18,167.53, manakala Indeks Tenaga turun 2.19 mata kepada 738.13.

-- BERNAMA