BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turunĀ 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$122.7 Bilion Pada 29 Ogos

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sedikit kepada US$122.7 bilion pada 29 Ogos 2025, daripada US$122 bilion yang direkodkan pada 15 Ogos 2025.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizab adalah memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (US$109.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$4.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM610.68 bilion, meliputi emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM518.67 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.62 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.86 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM27.62 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion), dan aset lain (RM44.33 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM610.68 bilion, meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM196.00 bilion), mata wang dalam edaran (RM172.44 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM115.64 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.72 bilion), lain-lain deposit (RM75.26 bilion), kertas Bank Negara (RM9.26 bilion), peruntukan SDR (RM27.78 bilion), dan liabiliti lain (RM3.48 bilion).

-- BERNAMA