BERITA TERKINI   Perbincangan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian semalam sentuh aspek cabaran AI, proses pengawalseliaan sandbox - Fahmi | MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG berikutan skala perolehan yang besar dan keperluan tadbir urus lebih mampan – Fahmi | Kementerian Perpaduan Negara anjur acara khusus peringati jasa, bakti Allahyarham Tun Abdul Razak sepanjang Bulan Kebangsaan tahun ini - Fahmi | Proses rundingan pembayaran 40 peratus hasil Sabah telah dimulakan, komitmen dimuktamadkan dalam tempoh 180 hari - Fahmi | Ketua Pesuruhjaya SPRM akan bertemu dengan Menteri Pertahanan berhubung isu perolehan ATM pada Rabu depan | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunan dan ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX Amerika Syarikat (AS)) yang lemah dan disokong oleh pengukuhan dolar AS.

Pada penutup dagangan, kontrak September 2025 turun kepada US$3,625.70 setiap auns troy daripada US$3,654.90 setiap auns troy ketika ditutup pada Rabu.

Kontrak Oktober 2025 menyusut kepada US$3,641.60 setiap auns troy daripada US$3,670.80 setiap auns troy manakala kontrak November 2025 berkurang kepada US$3,658.40 setiap auns troy daripada US$3,687.60 setiap auns troy.

Sementara itu, kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$3,680.30 setiap auns troy daripada US$3,709.50 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada 273 lot daripada 216 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 322 kontrak daripada 274 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berada pada US$3,650.75 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 10 Sept, 2025.

-- BERNAMA