Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa September 2025 dan Disember 2025, masing-masing menambah 11.0 mata kepada 1,588.5 dan 1,579.5, Oktober 2025 naik 10.5 mata kepada 1,584.5 dan Mac 2026 meningkat 14.5 mata kepada 1,560.5.
Jumlah dagangan naik kepada 3,789 lot daripada 3,099 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 41,317 kontrak daripada 39,994 kontrak sebelum ini.
FBM KLCI melonjak 17.28 mata kepada 1,600.13 daripada 1,582.85 semasa ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia akan ditutup pada 15 September, merupakan cuti umum tambahan sempena Hari Malaysia pada 16 September dan akan beroperasi semula pada 17 September.
-- BERNAMA