BERITA TERKINI   Kerajaan peruntuk RM3.5 juta perluas Program KasihnITa 2026, sasar 5,000 ibu tunggal di seluruh negara - Nancy | Malaysia kekal di landasan capai sasaran negara AI menjelang 2030 meskipun ketidaktentuan global susulan konflik Asia Barat - Gobind | KKR bina 91 bilik darjah di 70 sekolah guna kaedah modular, IBS libat kos RM80 juta daripada KPM - Ahmad Maslan | Diskaun bil elektrik 25 peratus di Sarawak bermula bulan ini hingga Dis 2026, manfaat 714,557 pengguna domestik - Premier | Sewa di premis kerajaan dikurangkan 50 peratus bagi peniaga kecil, sederhana di Sarawak - Premier | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini berikutan prestasi eksport yang kukuh, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Bagaimanapun, beliau berkata harga minyak soya yang lemah memberi tekanan kepada sentimen pasaran.

“Kami menjangkakan harga akan berada pada paras sokongan melebihi RM4,400 setan dan paras rintangan pada RM4,550 setan,” kata Ng kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2025 meningkat RM6 kepada RM4,414 setan, manakala kontrak November 2025, Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing menokok RM5 kepada RM4,450, RM4,475, dan RM4,487 setan.

Kontrak Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing bertambah RM4 kepada RM4,475 dan RM4,441 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 100,222 lot daripada 78,526 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 263,281 kontrak berbanding 263,070 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM untuk Oktober Selatan naik RM20 kepada RM4,440 setan.

 -- BERNAMA