Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis.
Pada 9.30 pagi, kontrak September 2025 susut 2.5 mata kepada 1,604.5, Oktober 2025 berkurangan tiga mata kepada 1,600.5, Disember 2025 merosot 4.5 mata kepada 1,593.5 dan Mac 2026 rendah empat mata kepada 1,574.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,978 lot, dengan kepentingan terbuka pada 41,776 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI susut 9.07 mata kepada 1,602.63 selepas 45 minit dagangan berbanding 1,611.70 semasa ditutup pada Rabu.
-- BERNAMA