Webull Lancar #SamaSamaWebull, Berdagang Sambil Menang Hadiah Eksklusif
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Webull Malaysia, anak syarikat Webull Corporation dan pemilik platform dagangan Webull melancarkan kempen #SamaSamaWebull untuk menggalakkan rakyat Malaysia meneroka pelaburan global dengan lebih mudah dan berpatutan.
Webull dalam kenyataan hari ini memaklumkan kempen itu menawarkan hadiah bernilai sehingga RM80,000 kepada peserta yang memuat turun aplikasi Webull dan menyelesaikan tugasan mudah seperti mendaftar akaun, membuka akaun Webull serta mendepositkan RM500 atau RM2,000.
“Setiap tugasan yang diselesaikan akan memberikan anda satu penyertaan ke dalam cabutan hadiah, lebih banyak tugasan anda lengkapkan, lebih tinggi peluang untuk menang. Hadiah menarik termasuk sepasang jam tangan Tudor, penginapan mewah di Park Hyatt Kuala Lumpur, iPhone 17 dan banyak lagi, sekali gus menjadikan ini masa terbaik untuk memulakan perjalanan dagangan anda dan menang besar,” menurut kenyataan itu.
Aktiviti luar talian juga diadakan di stesen MRT terpilih di Lembah Klang seperti TRX (16 Ogos hingga 16 Sept), Bukit Bintang (18 Sept hingga 17 Okt) serta Pasar Seni (19 Okt hingga 14 Nov), dan pengunjung boleh mencuba aplikasi Webull serta menerima PIN tambah nilai RM5 Touch ‘N Go (TNG) selepas mendaftar.
“Kempen ini menawarkan cara yang menyeronokkan untuk rakyat Malaysia mempelajari tentang dagangan sambil memenangi ganjaran menarik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Webull Malaysia Kenneth Chan.
“Sebagai sebahagian daripada promosi istimewa yang berlangsung sehingga Disember 2025, pengguna juga boleh menikmati sifar komisen untuk saham Malaysia dan memperoleh ganjaran sehingga RM400, tertakluk kepada terma dan syarat,” menurut kenyataan itu.
Webull Malaysia ialah broker digital yang dikawal selia sepenuhnya, menawarkan akses tanpa yuran ke pasaran global termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Hong Kong dan saham A China, dengan pilihan patuh Syariah serta deposit masa nyata bagi pengalaman dagangan yang lancar.
Dengan kesederhanaan, ketelusan dan keselamatan sebagai teras, Webull mendefinisikan semula cara rakyat Malaysia mengakses pasaran global, menjadikan pelaburan bukan sahaja lebih mudah tetapi benar-benar boleh diakses oleh semua.
-- BERNAMA