BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turunĀ 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

Destini Peroleh Lanjutan Kontrak RM403.75 Juta Daripada Kementerian Pertahanan

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Unit Destini Bhd, iaitu Destini Prima Sdn Bhd (DPSB) telah menerima surat lantikan bagi lanjutan kontrak daripada Kementerian Pertahanan. 

Destini dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak itu melibatkan pembekalan alat ganti pesawat bukan proprietari untuk Tentera Udara Diraja Malaysia dan nilai kontrak kekal pada RM403.75 juta (had bumbung gabungan dengan 29 kontraktor lain). 

“Tempoh kontrak yang tamat pada 30 Jun 2025 telah dilanjutkan selama 18 bulan lagi, dari 1 Julai 2025 hingga 31 Dis, 2026,” kata Destini iaitu kumpulan industri terpelbagai. 

DPSB perlu menyediakan bon prestasi apabila menerima tempahan daripada kerajaan, dan bon prestasi itu berjumlah 2.5 peratus untuk pesanan melebihi RM200,000 dan 5.0 peratus bagi pesanan melebihi RM500,000.

-- BERNAMA