BERITA TERKINI   ACC 2025/2026: JDT tundukkan Bangkok United FC 4-0 | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 meningkat 2.0 mata kepada 1,600.0, Oktober 2025 naik 2.5 mata kepada 1,596.0, manakala Disember 2025 dan Mac 2026 menokok 3.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,591.5 dan 1,571.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,189 lot daripada 6,123 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 46,066 kontrak daripada 45,369 kontrak sebelumnya.

FBM KLCI turun 0.70 mata atau 0.04 peratus kepada 1,598.23 daripada paras penutup 1,598.93 pada Khamis.

-- BERNAMA