BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | PM Anwar zahir simpati kepada lebih 50 mangsa terlibat dalam kejadian titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai - PMO | PM Anwar arah peruntukan disediakan bagi ganti titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan yang runtuh semalam - PMO | Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028 - Azalina | Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Dolar US Mengukuh

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini selepas dipengaruhi oleh pengukuhan dolar US berikutan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah.

Kontrak September 2025 jatuh kepada US$3,660.20 setiap auns troy daripada US$3,676.60 yang dicatatkan pada penutupan Khamis, manakala Oktober 2025 menurun kepada US$3,676.60 daripada US$ 3,692.70 dan November 2025 menyusut kepada US$3,693.40 daripada US$3,709.50.

Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya berakhir lebih rendah pada US$ 3,714.30 setiap auns troy berbanding US$3,730.40 sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 772 lot daripada 441 lot semalam, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 807 kontrak daripada 494 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 18 Sept, emas fizikal ditetapkan pada US$3,643.70 setiap auns troy.

-- BERNAMA