Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Rabu.

Pada 9.35 pagi, kontrak bulan September 2025 dan Oktober 2025 turun 9.5 mata masing-masing kepda 1,596.50 dan 1,594.0, Disember 2025 merosot 8.5 mata kepada 1,588.0, manakala Mac 2026 berkurangan 6.5 mata kepada 1,568.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,759 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 49,955 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 3.81 mata kepada 1,599.74 selepas 50 minit dagangan daripada 1,603.55 pada Selasa.

-- BERNAMA