Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh eksport yang lebih kukuh.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan pengeluaran yang lebih rendah dalam beberapa minggu akan datang turut menyokong pasaran.
“Kami melihat paras sokongan pada RM4,350 setan dan paras rintangan pada RM4,580,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan Oktober 2025 meningkat RM34 kepada RM4,365 setan, November 2025 mengukuh RM49 kepada RM4,409, dan Disember 2025 melonjak RM60 kepada RM4,439.
Januari 2025 naik RM63 kepada RM4,459 setan, Februari 2026 meningkat RM63 kepada RM4,459, dan Mac 2026 menambah RM59 kepada RM4,437.
Jumlah dagangan meningkat kepada 81,471 lot daripada 57,779 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 250,105 kontrak daripada 258,603 sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan meningkat RM30 kepada RM4,400 setan.
-- BERNAMA