BERITA TERKINI   Pelaburan langsung Malaysia di luar negeri catat aliran keluar bersih lebih rendah bernilai RM12.4 bilion pada 2025 berbanding RM35.5 bilion pada 2024 - DoSM | Jumlah pelaburan langsung Malaysia di luar negeri sebanyak RM589.3 bilion pada akhir 2025 atau 29.1 peratus daripada KDNK berbanding 32.2 peratus pada 2024 - DoSM | FDI Malaysia meningkat 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion pada 2025 daripada RM46.7 bilion pada 2024 - DoSM | FDI terkumpul meningkat kepada RM1.09 trilion pada akhir 2025, menyumbang 53.7 peratus daripada KDNK - DoSM | Sektor 'Advanced Air Mobility' dan dron dijangka berkembang pesat dengan pelaburan bernilai berbilion dolar - Loke | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif berkemungkinan menyaksikan dagangan dalam jajaran kecil minggu depan, menjejaki prestasi pasaran tunai asas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran akan menunggu pemangkin baharu untuk menentukan hala tujunya terutamanya daripada perkembangan terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat.

"Kami menjangka FBM KLCI akan bergerak dalam dalam julat 1,600-1620 minggu depan," katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta September 2025 naik 8.0 mata kepada 1,608.0, Oktober 2025 meningkat 10.0 mata kepada 1,606.0, Disember 2025 melonjak 6.5 mata kepada 1,598.0 dan Mac 2026 menambah 6.0 mata kepada 1,577.0.

Jumlah dagangan bagi minggu baru berakhir naik kepada 137,491 lot daripada 20,473 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 87,049 kontrak daripada 46,066 kontrak dicatatkan sebelum ini.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FMB KLCI meningkat 10.82 mata kepada 1,609.05 daripada 1,598.23 sebelumnya.

-- BERNAMA