Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin.
Pada 9.20 pagi, kontrak September 2025 menambah 7.5 mata kepada 1,615.50, Oktober 2025 naik 8.5 mata kepada 1,614.50, Disember 2025 meningkat 9.0 mata kepada 1,607.00 dan Mac 2026 menokok 10.5 mata kepada 1,587.50.
Jumlah dagangan sebanyak 2,668 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 57,958 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 1.02 mata kepada 1,610.07 selepas 38 minit dagangan daripada 1,609.05 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA