BERITA TERKINI   Piala Thomas: China 2 Malaysia 0: Liang Wei Keng-Wang Chang kalahkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik 24-22, 21-14 | Piala Thomas: China 1 Malaysia 0: Shi Yu Qi kalahkan Leong Jun Hao 21-10, 16-21, 21-9 | GSF 2.0: Wisma Putra gerakkan usaha diplomasi antara negara untuk bebaskan aktivis rakyat Malaysia - KP SNCC | SNCC sedang teliti satu maklumat bahawa semua aktivis GSF 2.0 akan dibebaskan hari ini - KP SNCC | GSF 2.0: SNCC belum terima pengesahan status keselamatan 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia ditahan rejim Israel - KP SNCC | 

Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Sektor penjagaan kesihatan Malaysia diunjur mencatat pertumbuhan dari segi permintaan untuk tempoh jangka panjang, disokong oleh peningkatan jumlah penyakit tidak berjangkit (NCD) selain faktor demografi yang menua.

CIMB Securities Sdn Bhd berkata kapasiti Malaysia dengan nisbah dua katil hospital bagi setiap 1,000 penduduk berbanding purata 2.5 di negara maju, juga menunjukkan wujudnya ruang bagi pengembangan organik dalam beberapa tahun akan datang.

Dalam nota penyelidikannya, firma itu berkata IHH Healthcare kekal menjadi pilihan sektor itu dengan saranan “Beli” dan harga sasaran RM8.50.

"Keadaan itu disokong oleh asas aset IHH yang pelbagai dan memberi perlindungan terhadap cabaran landskap pengawalseliaan Malaysia yang kurang memberangsangkan,” katanya.

Setakat 9.56 pagi ini, saham-saham IHH tidak berubah pada harga RM7.45 dengan sejumlah 264,900 saham saling berpindah tangan.

-- BERNAMA