BERITA TERKINI   Kerajaan bincang dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bagi bolehkan pemilik bot menerima BUDI95 - Menteri Kewangan II | Program BUDI95 catat hampir tiga juta pengguna dengan jualan lebih RM91 juta untuk tempoh empat hari - Menteri Kewangan II | Piala FA: Sabah FC 0-0 Bunga Raya FC (agregat 6-0) | Kekuatan 34 rakyat Malaysia sertai GSF luar biasa, ia sejarah dalam tegakkan keadilan dan nasib rakyat Palestin - PM Anwar | Malaysia akan mulakan bantahan keras, hubungi negara rakan sekiranya misi GSF diganggu gugat - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Prestasi Bercampur-campur Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aliran bercampur-campur pasaran hadapan serantau, kata peniaga.

Beliau berkata kelemahan harga minyak mentah turut menjejaskan sentimen, walaupun penyusutan itu sebahagiannya dapat diimbangi oleh petunjuk-petunjuk ekonomi China yang lebih kukuh.

“Pasaran hadapan Jepun kehilangan arah pada hari ini, ditekan oleh kelemahan pasaran Shanghai serta pengukuhan yen manakala penurunan ekuiti Tokyo dan harga minyak turut menjejaskan harga,” katanya kepada Bernama.

Keuntungan perindustrian China meningkat 20.4 peratus pada Ogos berbanding setahun lepas yang berbeza daripada penurunan 1.5 peratus pada Julai lepas.

“Bagi tempoh Januari-Ogos, keuntungan itu naik 0.9 peratus berbanding penyusutan 1.7 peratus pada Januari-Julai,” katanya.

Pada 3 petang ini, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 susut 5.5 sen kepada 737.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun dua sen kepada 580.00 sen sekilogram.

-- BERNAMA