BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2025 naik 2.0 mata kepada 1,610, kontrak Oktober 2025 meningkat 4.5 mata kepada 1,610.50, Disember 2025 menokok 6.0 mata kepada 1,604 dan Mac 2026 menambah 7.0 mata kepada 1,584.

Jumlah dagangan menyusut kepada 16,450 lot daripada 44,133 pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka turun kepada 59,230 kontrak daripada 87,049 sebelum ini.

FBM KLCI meningkat 1.90 mata untuk ditutup kepada 1,610.95, daripada paras 1,609.05 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA