BERITA TERKINI   Hospital pakar berteraskan prinsip patuh syariah dan wakaf pertama di Malaysia di Semenyih bakal siap dan beroperasi pada 2028 - Fadillah Yusof | Kerajaan sedang pertimbang subsidi untuk pengendali bot di Sabah dan Sarawak, kumpul data supaya mereka dapat manfaat BUDI95 - PMO | PM Anwar desak laluan masuk bantuan ke Gaza tidak dihalang, sebarang halangan hanya tambah derita penduduk - PMO | MOF bersama APAD akan muktamadkan proses permohonan had kelayakan tambahan BUDI95 dengan Penyedia Perkhidmatan E-hailing (EHO) minggu ini - PMO | Kehadiran Presiden AS Trump ke KL sebahagian mandat diplomasi, bukan pengiktirafan terhadap dasar peribadi mana-mana pemimpin - PMO | 

Belanjawan 2026 Akan Gabungkan Elemen Utama RMK13 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Belanjawan 2026 akan menggabungkan elemen utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), yang menetapkan keutamaan negara, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Belanjawan berkenaan akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober depan, ia adalah yang pertama di bawah RMK-13 dan akan seiring dengan kedua-dua rancangan dan rangka kerja Ekonomi MADANI, katanya.

"Kita mesti melakukan pembaharuan untuk mengukuhkan perumahan, pendidikan dan kesihatan. Terdapat banyak agenda lain yang sedang kita usahakan dan Belanjawan 2026 akan menggabungkan elemen ini untuk memacu pembangunan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Ekonomi Dan Kewangan Awam (MEKA) 2025 di sini hari ini.

-- BERNAMA