BERITA TERKINI   Pelaburan langsung Malaysia di luar negeri catat aliran keluar bersih lebih rendah bernilai RM12.4 bilion pada 2025 berbanding RM35.5 bilion pada 2024 - DoSM | Jumlah pelaburan langsung Malaysia di luar negeri sebanyak RM589.3 bilion pada akhir 2025 atau 29.1 peratus daripada KDNK berbanding 32.2 peratus pada 2024 - DoSM | FDI Malaysia meningkat 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion pada 2025 daripada RM46.7 bilion pada 2024 - DoSM | FDI terkumpul meningkat kepada RM1.09 trilion pada akhir 2025, menyumbang 53.7 peratus daripada KDNK - DoSM | Sektor 'Advanced Air Mobility' dan dron dijangka berkembang pesat dengan pelaburan bernilai berbilion dolar - Loke | 

BMS Holdings Peroleh Kelulusan Penyenaraian Di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) --  BMS Holdings Bhd (BMS Holdings) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE pada suku keempat 2025.

Peruncit dan pengedar jubin, permukaan batu, peralatan mandi serta peralatan dapur di Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata tawaran awam permulaannya (IPO) akan terdiri daripada terbitan awam sebanyak 364 juta saham biasa baharu dan tawaran untuk penjualan 156 juta saham sedia ada.

Secara kolektif, katanya, ia mewakili kira-kira 33.77 peratus daripada modal saham Kumpulan yang diperbesarkan sebanyak 1.54 bilion saham semasa penyenaraiannya.

Pengarah Urusannya Ang Kwee Peng berkata pencapaian ini menggariskan kerja keras dan dedikasi pasukannya selain meningkatkan komitmen syarikat untuk menyediakan produk berkualiti tinggi serta perkhidmatan pelanggan yang luar biasa di seluruh Malaysia.

 "Pencapaian kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi pasukan kami, tetapi juga peluang untuk pemegang saham baharu menyertai kami sambil mengukuhkan kehadiran pasaran dan mengejar cita-cita jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata IPO ini juga bertujuan memperkembangkan asas pemegang saham syarikat.

Ditubuhkan pada 1993, BMS Holdings mengendalikan 20 bilik pameran runcit yang terletak di lokasi strategik di seluruh Malaysia termasuk 16 di Semenanjung dan empat di Sarawak. 

Rangkaian runcit yang luas ini disokong lagi oleh pusat pengedaran dan kemudahan pergudangan selain terletak di lokasi strategik dan membolehkan pengedaran yang cekap di seluruh negara.

Alliance Islamic Bank Bhd merupakan Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Ejen Penempatan untuk IPO BMS Holdings.

--BERNAMA