BERITA TERKINI   Hubungan strategik Malaysia-Turkiye ditingkat termasuk dalam soal AI, tenaga dan nadir bumi - Anwar | Malaysia-Turkiye bincang soal Gaza, sifatkan tindakan Netanyahu halang bantuan adalah zalim, hilang nilai kemanusiaan - PM Anwar | Kunjungan rasmi ke Turkiye eratkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi, teroka potensi pelbagai bidang - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bercampur-campur dalam dagangan awal pada Isnin.

Pada 9.33 pagi, kontrak Oktober 2025 naik 2.0 mata kepada 1,633.50 dan November 2025 meningkat 1.0 mata kepada 1,632.0.

Kontrak Disember 2025 berkurangan 0.5 mata kepada 1,628.0 dan Mac 2026 merosot 1.5 mata kepada 1,607.50.

Jumlah dagangan sebanyak 930 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,016 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 3.68 mata kepada 1,631.38 selepas 52 minit dagangan daripada 1,635.06 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA