Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu disokong oleh permintaan kukuh terhadap komoditi itu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Kontrak bulan semerta Oktober 2025 meningkat kepada US$4,047.10 setiap auns troy daripada US$3,974.30 pada Selasa, manakala kontrak November 2025 naik kepada US$4,065.30 daripada US$3,992.50, dan kontrak Disember 2025 menokok kepada US$4,079.80 daripada US$4,007.0 sebelumnya. 

Kontrak Januari 2026 meningkat kepada US$4,096.80 setiap auns troy daripada US$4,024 pada Selasa manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi kepada US$4,113.70 daripada US$4,040.90. 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 294 lot daripada paras penutup 417 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 343 kontrak daripada 465.

Berdasarkan penetapan di London Bullion Market Association pada 7 Okt, 202, emas fizikal berada pada US$3,979.0 setiap troy auns.

-- BERNAMA