BERITA TERKINI   Kajian keperluan pelaksanaan semula UPSR dan PT3 akan bermula tahun ini - Menteri Pendidikan | Kementerian Pertahanan dan ATM telah lama haramkan kegiatan tidak bersahsiah di semua kem di seluruh negara - Mohamed Khaled | Pelan anti rasuah Kementerian Pertahanan akan dirombak besar-besaran tahun ini - Mohamed Khaled  | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif dalam kadar asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2025 meningkat 5.5 mata kepada 1,629.0, November 2025 naik 6.0 mata kepada 1,629.50, Disember 2025 menokok 4.5 mata kepada 1,626.50 dan Mac 2026 melonjak 5.0 mata kepada 1,608.0.

Jumlah dagangan turun kepada 5,753 lot daripada 5,881 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 46,959 kontrak daripada 47,961 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 2.17 mata kepada 1,629.67 daripada 1,627.50 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA