BERITA TERKINI   Peruntukan tambahan RM5 juta bagi pengurusan, penyelenggaraan Zoo Negara - PM Anwar | PRK: Pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Warisan di DUN Lamag - SPR | PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Kinabatangan babit calon BN, Bebas, Warisan - SPR | Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag ditutup 10 pagi | PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag bermula, pusat penamaan calon dibuka 9 pagi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan sentimen lemah di pasaran meluas.

Pada 9.18 pagi, kontrak bulan semerta Oktober 2025 susut 5.5 mata kepada 1,623.50, manakala November 2025 turun 7.5 mata kepada 1,622.0.

Kontrak Disember 2025 susut 6.5 mata kepada 1,620.0 dan Mac 2026 menguncup lima mata kepada   1,603.0.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 712 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,136 kontrak. 

Sementara itu, FBM KLCI turun 6.90 mata kepada 1,622.77 selepas 37 minit dagangan, berbanding 1,629.67 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA