BERITA TERKINI   Dua premis disiasat susulan pencemaran bau di Sungai Kabul, Semenyih - MB Selangor | Seorang exco Kerajaan Negeri Terengganu ditahan disyaki salah guna jawatan dengan mengarahkan dua anaknya diambil bekerja dI syarikat GLC negeri - SPRM Terengganu | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal pada Isnin.

Pada 9.48 pagi, kontrak Oktober 2025 merosot lima mata kepada 1,607.0, November 2025 berkurangan 4.5 mata kepada 1,608.00, Disember 2025 menurun empat mata kepada 1,607.00 dan Mac 2026 susut 6.5 mata kepada 1,586.50.

Jumlah dagangan sebanyak 2,602 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,264 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 8.21 mata kepada 1,614.04 selepas 52 minit dagangan daripada 1,622.25 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA