BERITA TERKINI   Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | Muhyiddin umum letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 | 

Bursa Malaysia Ditutup Pada 20 Okt Sempena Perayaan Deepavali

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin, 20 Okt, 2025 sempena cuti umum sambutan perayaan Deepavali.

Bursa Malaysia menerusi satu satu kenyataan hari ini berkata bursa itu dan anak syarikatnya akan menyambung semula operasi pada 21 Okt, Selasa. 

Bagaimanapun, Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila' akan terus dibuka untuk dagangan semasa cuti umum itu.

-- BERNAMA