BERITA TERKINI   Malaysia kekal di landasan capai sasaran negara AI menjelang 2030 meskipun ketidaktentuan global susulan konflik Asia Barat - Gobind | KKR bina 91 bilik darjah di 70 sekolah guna kaedah modular, IBS libat kos RM80 juta daripada KPM - Ahmad Maslan | Diskaun bil elektrik 25 peratus di Sarawak bermula bulan ini hingga Dis 2026, manfaat 714,557 pengguna domestik - Premier | Sewa di premis kerajaan dikurangkan 50 peratus bagi peniaga kecil, sederhana di Sarawak - Premier | Sumbangan Keperluan Asas Sarawak libatkan isi rumah, warga emas dan individu bujang naik antara RM75 hingga RM150 - Premier Sarawak | 

ADB Tidak Akan Biayai Inisiatif Projek Tenaga Nuklear

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) telah mengesahkan bahawa ia tidak akan membiayai mana-mana projek penjanaan tenaga nuklear di bawah dasar tenaga semasanya.

Ketua Pengarah Jabatan Asia Tenggara ADB Winfried F Wicklein berkata ini kerana rangka kerja sedia ada bank tersebut tidak membenarkan pembiayaan untuk inisiatif tenaga nuklear.

 Bagaimanapun, Wicklein mengakui minat yang semakin meningkat dalam kalangan beberapa negara anggota ASEAN untuk meneroka tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada strategi tenaga jangka panjang mereka.

“Setakat ini, dasar tenaga kami yang tidak membenarkan kami untuk membiayai tenaga nuklear.

“Kami menyedari permintaan yang semakin meningkat dan penerokaan terhadap nuklear sebagai pilihan di rantau ini, dan kami mengikuti perkembangan itu dengan penuh minat, tetapi kami tidak terlibat secara langsung pada peringkat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 di sini hari ini.

-- BERNAMA