BERITA TERKINI   Laporan semakan insiden letupan saluran gas di Putra Heights diserah kepada Kerajaan Persekutuan bulan lepas - MB Selangor | PM jamin kontraktor kecil berprestasi baik akan diberi lebih banyak kontrak untuk berkembang | Peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan dinaikkan daripada RM400 juta kepada RM900 juta - PM Anwar | Guru jadi pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | BN umum tanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang - Onn Hafiz | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari ketiga berturut-turut pada Rabu, apabila pelabur, hampir pasti dengan penurunan kadar Amerika Syarikat (AS) bulan ini dan dijangka satu lagi pada Disember, mula beralih kepada aset selamat.

Kontrak semerta bulan Oktober 2025 meningkat kepada US$4,216.30 setiap auns troy daripada US$4,146.90 ketika ditutup semalam, kontrak November 2025 bertambah kepada US$4,231.50 setiap auns troy daripada US$4,162.10, dan kontrak Disember 2025 menokok kepada US$4,247.50 setiap auns troy kepada US$4,178.10 sebelumnya. 

Kontrak Januari 2026 mengukuh kepada US$4,264.50 setiap auns troy daripada US$4,195.10 semalam, manakala Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$4,281.0 setiap auns troy berbanding US$4,211.6 sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 577 lot daripada 477 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 622 kontrak daripada 533 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 14 Okt, 2025, harga emas fizikal berada pada US$4,126.30 setiap auns troy. 

Di peringkat global, emas mencecah paras tertinggi sepanjang masa pada US$4,218 setiap auns troy pada awal hari ini. 

-- BERNAMA