BERITA TERKINI   Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | Muhyiddin umum letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 | 

Bursa Securities Tolak Permohonan Pimpinan Ehsan Untuk Lanjutan Masa

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) telah memaklumkan kepada Pimpinan Ehsan Bhd mengenai keputusannya untuk menolak permohonan syarikat itu bagi lanjutan masa tambahan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Pimpinan Ehsan berkata syarikat itu telah menerima Notis Beri Sebab daripada bursa dan diberikan lima hari dagangan bermula hari ini iaitu pada atau sebelum 24 Okt 2025 untuk mengemukakan pernyataan bertulis yang disokong bukti berdokumen kepada Bursa Malaysia Securities.

“Syarikat perlu menyatakan sebab penggantungan tidak sepatutnya dikenakan terhadap dagangan sekuriti syarikat dan sebab sekuriti syarikat tidak sepatutnya dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Securities,” katanya.

Pimpinan Ehsan berkata pihaknya akan mengemukakan pernyataan bertulis kepada Bursa Securities dalam tempoh lima hari dagangan iaitu pada atau sebelum 24 Okt 2025.

-- BERNAMA