BERITA TERKINI   Hari Muzium Antarabangsa: 19 muzium dibuka percuma kepada rakyat Malaysia pada 18 Mei ini ⁠- Aaron | PM Anwar lancar Skim PADURI MADANI, dana RM230 juta untuk usahawan wanita B40 | 6,680 individu termasuk 15 remaja diberi notis kesalahan buang sampah sejak Januari - Aiman Athirah | PM Anwar tegaskan kebenaran pelajar laluan UEC masuki IPTA dibuat bersyarat, seperti lulusan sekolah luar sistem pendidikan kebangsaan lain | KPM umum 12 inisiatif untuk warga pendidik sempena sambutan Hari Guru tahun ini - Fadhlina | 

Azizulhasni Awang Muncul Pemegang Saham Terbesar Systech

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat teknologi digital Systech Bhd hari ini mengumumkan Datuk Mohd Azizulhasni Awang sebagai pemegang saham terbesar syarikat itu.

Menurut Systech dalam kenyataan, Mohd Azizulhasni yang juga pemenang pingat berbasikal Sukan Olimpik telah memperoleh 34.69 juta saham biasa, mewakili 5.28 peratus daripada jumlah modal saham terbitan Systech melalui LMY Holdings Sdn Bhd.

Selain itu, Aspiration Partners PLT -- dengan Mohd Azizulhasni sebagai seorang daripada tiga ahli pengasas, juga telah menjadi pemegang saham yang besar melalui kepentingan tidak langsung dalam blok saham yang sama.

“Secara berasingan, beliau memegang kepentingan peribadi secara langsung dalam 30,000 saham Systech.

“Dengan penglibatan Mohd Azizulhasni dan sokongan pihak berkepentingan yang progresif, kumpulan kekal memfokuskan untuk mempercepat inovasi, mengembangkan jejak serantau dan mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang saham,” menurut syarikat itu.

-- BERNAMA