BERITA TERKINI   ASEAN dan Rusia punyai ruang yang luas memperkukuh kerjasama berasaskan hormat, manfaat bersama - PM Anwar | Keamanan berkekalan dicapai menerusi rundingan, persefahaman, menghormati undang-undang antarabangsa - PM Anwar | Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 perkukuh tindakan terhadap tonto, lumba haram - Loke | Rang Undang-Undang (Pindaan) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibentang di Dewan Rakyat Isnin depan -Loke | Hubungan Rusia-ASEAN kini perkongsian strategik yang memberi kesan nyata - Marcos Jr | 

BNM Teroka Penggunaan Tokenisasi, Pelawa Maklum Balas Awam

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyokong pendekatan kolaboratif bagi meneroka tokenisasi atau pengewangan token dalam usaha mewujudkan pelan hala tuju selamat serta mampan untuk pembangunan perkhidmatan kewangan bertoken di Malaysia.

Dalam kenyataannya hari ini, bank pusat itu berkata kertas perbincangan mengenai tokenisasi aset dalam sektor kewangan juga bertujuan mendapatkan maklum balas bagi membantu aspek merangka pendekatan pengawalseliaan dan pembangunan BNM terhadap tokenisasi aset dalam sektor kewangan.

Sehubungan itu, BNM mempelawa maklum balas bertulis mengenai tema utama yang digariskan dalam kertas perbincangan berkenaan, termasuk cadangan bagi isu khusus, bidang yang perlu diperjelas dengan lebih lanjut serta cadangan alternatif yang wajar dipertimbangkan oleh bank pusat itu.

“Bagi memudahcara semakan secara berkesan, maklum balas ini harus disertakan dengan alasan jelas, bukti relevan dan/atau contoh yang bersesuaian.

“Semua maklum balas perlu dikemukakan menerusi e-mel kepada tokenisation@bnm.gov.my selewat-lewatnya pada 1 Mac, 2026,” katanya.

-- BERNAMA