BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat ( US COMEX).

Kontrak bulan semerta November 2025 naik kepada US$4,091.30 bagi setiap auns troy daripada US$4,022.60 manakala Disember 2025 meningkat kepada US$4,108.40 daripada US$4,039.90 setiap auns troy dan Januari 2026 melonjak kepada US$4,127.00 daripada US$4,058.60 setiap auns troy minggu lepas.

Kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi dengan Februari pada US$4,142.90 setiap auns troy, menokok daripada US$4,074.50 sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah dagangan turun kepada 11 lot daripada 39 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka merosot kepada 111 kontrak daripada 132 kontrak.

Emas fizikal berharga pada US$3,994.10 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 7 Nov, 2025.

-- BERNAMA