BERITA TERKINI   Letusan Gunung Dukono: Tiada rakyat Malaysia dilapor terlibat - Kedutaan Malaysia di Jakarta | Enam perubahan penempatan, pelantikan baharu babit pengurusan tertinggi perkhidmatan awam berkuat kuasa 11 Mei - KSN | Kerajaan pastikan bekalan minyak dan diesel lebih teratur lepas langkah proaktif bersama Petronas - PM Anwar | Operasi pembenihan awan akan dijalankan di Kedah dan Perlis pada 10-12 Mei serta 17-19 Mei - Arthur | 20 pendaki terkandas susulan letusan Gunung Dukono di Indonesia, operasi pemindahan sedang dijalankan - Basarnas | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan kenaikan di COMEX Amerika Syarikat (AS).

Komoditi berharga itu semakin merapatkan jurang paras tertingginya yang direkodkan pada Oktober berikutan keyakinan berterusan Rizab Persekutuan (Fed) akan melaksanakan pengurangan kadar faedah pada Disember, walaupun hanya segelintir pegawai bank pusat itu memberi isyarat kemungkinan penurunan itu, lapor Sputnik/RIA Novosti hari ini.

Kontrak bulan semerta November 2025 melonjak kepada US$4,235.20 setiap auns troy daripada US$4,136.60 setiap auns troy, kontrak Disember 2025 mengukuh kepada US$4,252.40 daripada US$4,153.80 dan kontrak Januari 2026 meningkat kepada US$4,271.00 daripada US$4,172.40 semalam.

Kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi pada paras US$4,286.90 setiap auns troy, menokok daripada US$4,188.30 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 47 lot berbanding 27 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 138 kontrak daripada 108 kontrak semalam.

Harga emas fizikal berada pada US$4,136.75 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 11 Nov, 2025.

-- BERNAMA