BERITA TERKINI   Bekas menteri, KSU antara 12 individu beri keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan - KP SPRM | SPRM laksana pembekuan akaun dan sitaan bernilai RM7.7 juta menerusi Op Middleman - KP SPRM | Pegawai JPJ dan anggota polis trafik antara 18 individu ditahan dalam Op Middleman - KP SPRM | Eksport kayu dan produk berasaskan kayu Malaysia melebihi RM20 bilion setahun - Noraini | Kementerian Perladangan dan Komoditi sasar eksport kayu RM32.8 bilion menjelang 2030 - Noraini | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2025 merosot 14.0 mata kepada 1,616.5, Disember 2026 tidak berubah pada 1,623.5, Mac 2026 berkurangan 7.5 mata kepada 1,608.0 dan Jun 2026 menurun 5.5 mata kepada 1,613.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 25,401 lot daripada 92,816 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 68,288 kontrak daripada 138,216 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 7.04 mata atau 0.43 peratus kepada 1,617.46 daripada 1,624.50 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA