BERITA TERKINI   PM Anwar umum peruntukan RM18 juta untuk naik taraf sistem perpaipan, pendawaian di PGA Kulim serta RM2.69 juta baiki sekolah pondok di Kedah | PM Anwar umum peruntukan RM18 juta untuk naik taraf sistem perpaipan, pendawaian di PGA Kulim serta RM26.9 juta baiki sekolah pondok di Kedah | MCMC tamatkan 70,122 talian SIM prabayar disalah guna pada 2025 - Teo Nie Ching | FELCRA umum Agihan Akhir Keuntungan Penyatuan dan Pemulihan (P&P) lebih RM302.9 juta bagi 2025 libatkan 71,680 peserta | MCMC teliti kaedah pengesahan umur sebelum sekatan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dilaksana suku kedua tahun ini -- Teo Nie Ching | 

Pasaran Getah Dijangka Didagangkan Tidak Berubah Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Hadapan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan tidak berubah dengan kecenderungan menaik dalam mod berhati-hati pada minggu hadapan.

Pakar industri Denis Low berkata angin kencang serta hujan yang berterusan di negara-negara pengeluar utama terus mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan, yang seterusnya akan menyokong permintaan dan harga getah.

"Adalah jelas bahawa pengeluaran getah telah terganggu semasa tempoh monsun ini dan mungkin akan berpanjangan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata pasaran pada minggu hadapan mungkin tidak menentu disebabkan oleh keputusan Parlimen Eropah untuk menangguhkan Peraturan Pembasmian Hutan Kesatuan Eropah, yang akan mengurangkan tekanan permintaan.

"Bagaimanapun, harga akan terus dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang berikutan hujan lebat di negara-negara pengeluar getah utama, terutamanya di Thailand akibat banjir yang teruk," tambahnya.

Dari Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk SMR 20 menurun sebanyak 4.5 sen kepada 726.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal menokok satu sen kepada 578.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA