BERITA TERKINI   10,000 peniaga di bawah seliaan DBKL terima pengurangan kadar sewaan tapak 50 peratus hingga 2027 - Hannah Yeoh | Jemaah haji perlu kekalkan disiplin, patuhi peraturan di Tanah Suci, jaga nama baik Malaysia - Sultan Sharafuddin | Sultan Selangor nasihatkan bakal jemaah haji kawal perbelanjaan di Tanah Suci terutama dalam situasi ekonomi dunia tidak menentu | 

Urus Niaga Saham Malpac Holdings Digantung Mulai 9 Dis

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Urus niaga saham Malpac Holdings Bhd di Bursa Malaysia akan digantung mulai 9 Dis 2025.

Bursa Malaysia melalui pekeliling penyenaraiannya berkata Malpac telah gagal mengemukakan cadangan pelan regularisasi kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk kelulusan dalam tempoh masa yang dilanjutkan iaitu pada 28 November 2025.

Dilaporkan bahawa Malpac telah memohon lanjutan untuk mengemukakan pelan regularisasinya  kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan meminta lanjutan selama 12 bulan sehingga 28 November 2026.

-- BERNAMA