BERITA TERKINI   Notis pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji sudah diserah kepada SPR - Speaker DUN Perlis | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada susut awal dagangan hari ini.

Pada jam 10.05 pagi, kontrak Disember 2025 dan Januari 2026 masing-masing turun 6.0 mata kepada 1,623.0 dan 1,626.50 manakala Mac 2026 merosot 4.5 mata kepada 1,610.50 dan Jun 2026 pula tidak didagangkan.

Jumlah dagangan sebanyak 1,654 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,675 kontrak.

Dalam pada itu, indeks utama FBM KLCI susut 0.81 mata selepas sejam 13 minit dagangan dijalankan kepada 1,622.03, berbanding penutupan Rabu pada 1,622.84.

-- BERNAMA