BERITA TERKINI   Piala Thomas: China 2 Malaysia 0: Liang Wei Keng-Wang Chang kalahkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik 24-22, 21-14 | Piala Thomas: China 1 Malaysia 0: Shi Yu Qi kalahkan Leong Jun Hao 21-10, 16-21, 21-9 | GSF 2.0: Wisma Putra gerakkan usaha diplomasi antara negara untuk bebaskan aktivis rakyat Malaysia - KP SNCC | SNCC sedang teliti satu maklumat bahawa semua aktivis GSF 2.0 akan dibebaskan hari ini - KP SNCC | GSF 2.0: SNCC belum terima pengesahan status keselamatan 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia ditahan rejim Israel - KP SNCC | 

Ekonomi Malaysia Dijangka Berdaya Tahan Walau Banjir, Siklon Senyar - Moody's

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia sebahagian besarnya dijangka terus terpelihara daripada gangguan serius memandangkan kebanyakan sektor asas pembuatan negara tidak terjejas oleh banjir dan Siklon Senyar baru-baru ini, menurut Moody's Ratings.

Menurut agensi penarafan itu dalam kenyataan hari ini, hujan lebat akibat Siklon Senyar telah menyebabkan banjir buruk di Kedah, Kelantan, Perak dan Terengganu.

Bagaimanapun katanya sektor pembuatan yang tertumpu kebanyakannya di Selangor, Pulau Pinang dan Johor terlindung daripada gangguan serius.

“Memandangkan sebahagian besar daripada sektor pembuatan Malaysia, terutama di Selangor, Pulau Pinang dan Johor tidak terjejas dengan gangguan ini, kami tidak menjangkakan ia memberi impak penting terhadap pertumbuhan ekonomi walaupun hasil pertanian diramal menyusut di negeri paling teruk terjejas,” katanya.

Menurut Moody’s kos pemulihan dan pembinaan semula dijangka dapat dibiayai melalui belanjawan sedia ada sekali gus membolehkan usaha pengukuhan fiskal kerajaan kekal di landasan yang betul.

-- BERNAMA