BERITA TERKINI   Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turunĀ 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, meskipun terdapat isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan serantau, kata seorang peniaga. 

Beliau berkata sentimen bertambah baik susulan jangkaan bahawa Eropah mungkin memperkenalkan dasar bagi menyokong sektor automotifnya, sekali gus mengukuhkan pandangan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah pada akhir minggu ini.

Keyakinan terhadap dasar pro permintaan China turut meningkatkan sentimen. 

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh data ekonomi China yang bercampur-campur dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama. 

Sementara itu, niaga hadapan getah Jepun susut hari ini berikutan permintaan getah yang lemah daripada Eropah, kesan tarif AS dan paras inventori yang tinggi di China di tengah-tengah yen yang lebih kukuh. 

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 naik sebanyak 2.5 sen kepada 718 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat sedikit sebanyak setengah sen kepada 576 sen sekilogram.

-- BERNAMA