BERITA TERKINI   Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 27 Mei - Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja | Kerajaan bincang tingkat kuota BUDI95 bagi penghantar makanan p-hailing kepada 250 liter Selasa ini - Anwar | Kaedah IBS projek Sekolah Angkat MADANI percepat pembinaan, jimat kos hingga 30 peratus - Amir Hamzah | Menteri Kewangan akan bertemu Sultan Pahang perjelas isu peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Pahang - Amir Hamzah | Rafizi dan Nik Nazmi umum keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa esok | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Seiring Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki kelemahan harga minyak kacang soya, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kekukuhan ringgit berbanding dolar AS turut memberi kesan kepada sentimen pasaran.

Pada 6 petang, ringgit hampir tidak berubah kepada 4.1100/1145 berbanding dolar AS daripada 4.1105/1140 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,050 dan rintangan pada RM4,200 satu tan,” katanya kepada Bernama.

 Pada penutupan dagangan, kontrak Disember 2025 rendah RM40 kepada RM4,055 satu tan, Januari 2026 susut RM61 kepada RM4,074 dan Februari 2026 berkurangan RM59 kepada RM4,093 satu tan.

Sementara itu, kontrak Mac 2026 susut RM57 kepada RM4,111 satu tan manakala kontrak April 2026 dan Mei 2026 masing-masing berkurangan RM53 kepada RM4,118 dan RM4,115 satu tan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 37,603 lot daripada 46,832 lot Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 265,197 kontrak daripada 262,698 sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Disember Selatan berkurangan sebanyak RM60 kepada RM4,090 satu tan.

-- BERNAMA