BERITA TERKINI   Pengurusan fiskal yang bertanggungjawab membolehkan kerajaan mengurangkan dampak kenaikan harga bahan api global di samping terus menyokong perbelanjaan isi rumah dan pertumbuhan ekonomi - PM Anwar | Tumpuan kerajaan terhadap reformasi, yang berteraskan dasar mesra pertumbuhan, program berpaksikan rakyat serta pengurusan fiskal bertanggungjawab, terus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia - PM Anwar | Momentum pertumbuhan ekonomi mampan pada suku pertama 2026 mencerminkan disiplin fiskal dan kecekapan tatakelola Kerajaan MADANI meskipun menghadapi ketidakstabilan global berterusan - MOF | Op Teguh 2.0: 187 individu ditahan, RM57.68 juta aset dirampas, banteras sindiket penipuan dalam talian antarabangsa - KPN | Tinjauan pertumbuhan, inflasi 2026 oleh BNM telah ambil kira perubahan struktur subsidi bahan api -- Gabenor BNM | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Didorong Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun mengalami penurunan pada awal dagangan, disokong oleh pemulihan dalam pasaran minyak kacang soya.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata pemulihan dalam pasaran minyak mentah juga meningkatkan sentimen.

“Kami melihat paras sokongan pada harga lebih RM3,900 setan dan paras rintangan pada RM4,100 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 naik RM4 kepada RM3,951 setan, Januari 2026 meningkat RM6 kepada RM3,964 setan, manakala kontrak Februari 2026 bertambah RM4 kepada RM3,966 setan.

Kontrak Mac, April dan Mei 2026 masing-masing kekal tidak berubah pada RM3,970 setan, RM3,971 setan dan RM3,963 setan.

Jumlah dagangan bagaimanapun susut kepada 80,639 lot daripada 100,271 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 270,189 kontrak daripada 266,936 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Disember Selatan kekal tidak berubah pada RM3,980 setan.

-- BERNAMA