BERITA TERKINI   PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | Muhyiddin umum letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Sejajar Dengan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas ia menjejaki keuntungan di COMEX Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,491.10 setiap auns troy berbanding US$4,487.40 setiap auns troy yang dicatatkan pada hari Selasa, Januari 2026 naik kepada US$4,508.50 setiap auns troy daripada US$4,505.10 setiap troy auns dan Februari meningkat kepada US$4,524.0 setiap auns troy daripada US$4,520.60 setiap auns troy.

Mac 2026 pula bertambah kepada US$4,540.70 setiap auns troy daripada US$4,537.30 setiap auns troy, manakala April dan Jun 2026 ditutup lebih tinggi pada US$4,558.70 setiap auns troy auns daripada US$4,555.30 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan bertambah baik kepada 70 lot berbanding 61 lot yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 129 kontrak daripada 121 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari 23 Dis, London Bullion Market Association, emas fizikal berada pada US$4,449.40 setiap auns troy.

 -- BERNAMA