BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu ikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa - PM Anwar | Puasa satu ujian keikhlasan, disiplin dan integriti - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar prestasi di pasaran tunai.

Pada penutupan dagangan, kontrak Disember 2025 dan Januari 2026 naik 3.0 mata, masing-masing kepada 1,679.0 dan 1,683.0, Mac 2026 dan Jun 2026 meningkat 4.0 mata, masing-masing kepada 1,668.5 dan 1,668.5.

Jumlah dagangan turun kepada 23,676 lot berbanding 54,048 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 59,528 kontrak daripada 90,130 sebelum ini.

Pada jam 5 petang, FBM KLCI melonjak 3.54 mata kepada 1,684.53 daripada 1,680.99 semalam.

-- BERNAMA